
Saya Risau Susu Akan “Drop” Bila Breast Tak Betul-Betul Kosong?
Kongsikan Artikel Ini:



Antara soalan yang ditanya kepada saya ialah,
Jawapan saya :
Boleh puan bagi saya info ini dulu? Walaupun breast tu tak kosong dan susu memancut, setakat ni hasil pam susu tu cukup tak untuk keperluan bayi dan untuk buat stok susu?
Respon ibu :
Alhamdulillah, setakat ini okay cukup lagi puan. Cuma saya takut susu “drop” sebab saya tak berjaya kosongkan breast.
Jawapan saya :
Okay sebenarnya macam ni puan. Info yang breast kosong = susu meleleh dan breast tak kosong = susu memancut. Hal ini ialah teori maksudnya ilmu dalam buku.
Bila dalam keadaan situasi sebenar (real life), kita kena balik pada asas dan sesuaikan (adjust) ilmu itu ikut situasi dan keadaan diri puan.
Saya bagi contoh mudah, saya sendiri pam susu di tempat kerja dalam tempoh 10-20 minit setiap kali pam. Biasanya saya berhenti (stop) pam susu walaupun susu tengah memancut dan memang saya juga tak marmet (perah) setiap kali lepas pam susu.
Jadi, dalam situasi ini saya memang tidak betul-betul kosongkan breast setiap kali lepas pam. Sebab saya hanya berpegang pada ilmu asas iaitu, breast kosong = breast lembik dan ringan.
Tapi, setakat ini hasil susu saya cukup untuk hari esok. Maknanya, setiap kali pam saya dapat dalam 5-6 oz susu. Biasanya anak saya sehari minum dalam 6 oz.
Ada juga saya pam susu dan dapat dalam 3-4 oz saja, jadi biasanya saya akan tambah lagi satu sesi pam di rumah.
Jadi, puan boleh nampak. Teknik ada banyak dan saya tak buat pun teknik kosongkan breast dengan teknik marmet dan guna konsep susu meleleh = breast kosong.
Saya hanya gunakan konsep asas iaitu breast ringan dan lembik = breast kosong dan fokus asalkan susu cukup untuk esok.
Respon ibu :
Ya Allah, lega saya takdalah rasa stress nak kosongkan breast. Saya faham dan maksud puan, semua tu ikut pada kita kan kalau susu cukup its okay dan asalkan kita pam susu ikut jadual pam.
Saya rasa lega sangat hilang beban yang saya fikir. Okay puan, lepas ini saya akan fokus pada susu yang cukup untuk bayi saya.
MACAM MANA NAK BUAT STOK SUSU FROZEN KALAU STOK SUSU “CUKUP MAKAN JE?
Antara soalan ibu,
-Ibu A.
Jawapan saya :
Saya pun jenis yang pam hari ini untuk esok. Biasanya hari Jumaat pam, yang stok Jumaat tu baru saya frozenkan terus sebab Sabtu dan Ahad cuti.
Jadi, Isnin tu saya pam semula pagi tu + campur frozen. Hari lain memang chilled EBM.
Pendek kata begini, Isnin hingga Khamis bayi saya minum susu chiller. Yang hasil pam hari Jumaat terus frozen. Isnin minggu depan kita akan mula balik “kais pagi makan pagi” tu.
YANG PENTING FOKUS SUSU CUKUP UNTUK BAYI
Jadi, puan boleh nampak tak walaupun pam hari ini untuk esok, tapi boleh juga nak buat stok susu frozen. Yang penting, fokus susu cukup untuk bayi.
Elakkan juga emosi risau tu sebab ibu menyusu kena jaga emosi untuk nak pastikan susu sentiasa cukup untuk bayi.
Respon ibu :
Oh macam itu. Thanks puan betul-betul bagi saya tenang dah macam dapat satu sesi kaunseling yang berkesan. Terima kasih sangat puan. Alhamdulillah.
Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?
Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?
Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.
(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)
Aisyah Samat
Pemilik website & blog nuhababy.com
Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.
Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.
Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com
Antara ebook Puan Aisyah ialah :
1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil
2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!
3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan
4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari
5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Latest posts by Aisyah Samat (see all)
- Pencapaian Nuha Areefa sepanjang Tahun 2018 - 2019/01/05
- Cara Sendawakan Bayi - 2018/09/11
- Majlis Persaraan~Puan Sharifah Sukhaila Syed Abdul Aziz - 2018/08/27



