



Antara persoalan penyusuan yang kerap ditanya kepada saya ialah
Biasanya ibu yang baru bersalin ( anak kedua) atau ibu yang anak sudah berusia 1 bulan ke atas (habis pantang)
FAHAMI APA PUNCA BENGKAK SUSU
Ramai ibu, selalu beranggapan. Bila susu bengkak, bagus, sebab ia tanda susu banyak, dan cukup untuk bayi.
Bila fahaman ini tersebar, akibatnya ibu-ibu baru yang kurang ilmu penyusuan merasa keliru dan risau jika mereka tak alami bengkak susu ini. Terutama selepas fasa berpantang, bayi sudah 2 bulan.
FAHAMI CARA KILANG SUSU BEKERJA
Tahukah anda, sebenarnya breast yang selalu lembik dan tidak bengkak. Ianya BAGUS. Ini kerana, ia tanda kilang susu anda telah di”kosong”kan atau dikeluarkan susu sepenuhnya.
Sebab itu, jika anda menyusu bayi, anda perlu pastikan selepas penyusuan, payudara lembik dan terasa kosong.
Malah, setiap kali sesi mengepam juga, perlu pastikan payudara betul-betul kosong.
Ini kerana, kilang susu ibu bekerja dengan konsep “jika ada yang keluarkan susu dari kilang kami sampai “clear stok susu” tu, BARULAH KAMI AKAN HASILKAN SUSU YANG BARU!”
Konsep ini dipanggil supply and demand.
Kilang susu tidak akan hasilkan susu baru, jika susu stok lama “masih ada dan tidak dikeluarkan”.
Seperti kata-kata Kelly Bonyata, Consultant Penyusuan dalam blognya kellymom.com
KESAN JIKA BREAST LEMBIK DAN TERASA KOSONG
Jika breast anda terasa lembik dan terasa seolah “kosong”, jarang bengkak susu.
Ia adalah tanda yang sangat BAGUS.
Kerana
- Kilang susu akan sentiasa dan selalu hasilkan susu yang lebih pekat dan berkualiti.
- Susu sikit dan cukup untuk bayi
Ini penting supaya
- Susu yang cukup, biasanya kepekatan dan kecairannya seimbang, penting untuk naikkan berat badan bayi
- Berkualiti kerana tidak terlalu cair, seimbang kepekatan susu.
Di dalam kilang susu, susu ibu terbahagi kepada dua komposisi iaitu susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).
Susu awal umpama air (minuman saja) dan susu akhir umpama nasi (makanan berat)
Jika breast bengkak, susu awal yang cair akan banyak dan ia hanya untuk menghilangkan dahaga bayi seperti air saja.
Jika breast lembik, maknanya susu awal dan susu akhir adalah seimbang. Bayi akan mendapat susu akhir secukupnya kerana susu ini mengandungi lemak yang mengenyangkan supaya bayi naik berat dan perut betul-betul kenyang. Ia umpama nasi untuk bayi.
KESAN JIKA BREAST TERASA BENGKAK
Jika breast anda kerap bengkak ketika anda bekerja atau kerana terlepas pam/menyusu bayi.
Ia tanda yang TIDAK BAGUS. Ini kerana, ia tandanya kilang susu anda tidak dikosongkan.
Anda mungkin terasa suka kerana lihat susu anda banyak, tetapi susu anda cair, maknanya susu banyak air tapi kurang pekat. Jadi, bayi banyak dapat air dan kurang lemak untuk pembesarannya.
Malah, kesan paling bahaya ialah
Susu anda akan BERKURANG dan MULA BERKURANG selepas itu.
Kajian terkini menyatakan, di dalam susu ibu, terdapat sejenis protein yang dipanggil “Feedback Inhibitor Of Lactation” atau nama ringkasnya, FIL.
Dari blog kellymom.com, menyatakan
” the role of FIL appears to be to slow milk synthesis when the breast is full. Thus milk production when milk accumulates in the breast (and more FIL is preset), and speeds upwhen the breast is emptier (less FIL present)”.
Apa kata, kita panggil saja dia Kakak FIL. Apa tugas Kakak FIL ?
” Kakak FIL, boleh saya tahu, apa tugas akak dalam kilang susu ni ye? ”
” Tugas akak senang je dik, bila breast penuh, akak FIL akan slowkan penghasilan susu tu. Bila breast kosong, baru akak FIL akan laju untuk hasilkan susu.
” Akak ni sejenis protein, ada je dalam setiap titis susu ibu tu ”
” Jadi, kalau adik nak susu banyak. Jangan bagi breast tu penuh sampai bengkak. Lagi banyak akak ada, nanti lagi sikit susu nanti ”
Antara kesan jika breast selalu dibiarkan bengkak ialah
Ia boleh membawa banyak masalah seperti demam bengkak susu, sakit yang amat, bengkak hingga bernanah dan berdarah sampai boleh membawa kepada pembedahan.
Oleh itu, elakkan mengalami masalah bengkak susu dan anda perlu bersyukur sekiranya breast anda lembik dan tiada masalah bengkak susu.
Sebab itu di nuhababy.com, kami sediakan rawatan untuk anda yang alami masalah bengkak susu di link ini
KENAPA WAKTU AWAL BERSALIN, BREAST KERAP BENGKAK? LEPAS TU JARANG BENGKAK?
Ini kerana, bila bayi baru lahir. Breast juga adalah seperti kilang yang baru dibuka.
Kilang susu yang baru mula bekerja, sama saja seperti pekerja baru dalam kilang. Jadi, kilang susu anda ambil masa beberapa lama untuk hasilkan susu yang betul-betul cukup dan diperlukan bayi.
Contoh : Breast akan buat banyak susu waktu bayi mula lahir. Tugas bayi hanya hisap untuk keluarkan susu.
Jadi, selepas itu, breast akan ambil data, berapa banyak bayi minum dan kilang susu akan hasilkan susu ikut amaoun yang bayi hisap sebelum ini.
Jika anda ada masalah seperti puting tenggelam atau lain masalah, yang membuatkan bayi anda kurang menyusu.
Maka, kilang susu anda juga akan hasilkan susu yang sedikit. Anda tidak perlu putus asa hanya teruskan menyusu atau pam sahaja. Asalkan susu dikeluarkan.
Jika anda beri susu formula, akibatnya pengeluaran susu terganggu dan susu akan makin lama makin sedikit.
Cuba perhatikan perangkap penyusuan di bawah
Sebab itu, ianya normal susu sikit di awal bersalin dan penting untuk anda sentiasa kerap menyusukan bayi anda atau boleh pam susu (jika bayi terpaksa berjauhan dengan anda)
Biasanya bila anda sudah kerap menyusukan bayi secara konsisten, kilang susu anda juga dan “cekap” nak buat kerja sebab dah tahu “oh, baby ni hari ni minum banyak ni..esok banyak ni..lusa pun banyak ni, jadi kita buat susu banyak ni okay! ”
Bila breast dah pandai hasilkan susu yang cukup untuk bayi anda, sebab itu dia lembik dan tidak bengkak susu lagi. Sebab kilang susu anda sudah cekap buat kerja.
Anda perlu raikan hal ini, kerana kilang susu anda bijak. Jadi, usah risau lagi kalau anda tidak alami bengkak susu ye.
Semoga bermanfaat!
Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam?
Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?
Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?
(KLIK SINI UNTUK EBOOK)



