Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Saya Terlupa Bawa Pam Susu Ke Ofis, Apa Nak Buat?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara soalan yang ditanya kepada saya ialah,

“Assalam puan, saya nak tanya. Saya terlupa bawa pam susu ke ofis. Bag susu saya bawa tapi pam tak bawa.

Hehehe. Kalau balik baru saya pam, actually dah kacau jadual pam saya.

Jadi, apa yang saya boleh buat?”

Jawapan saya :

Puan boleh cuba marmet (perah susu pakai tangan). Boleh klik link dibawah ini untuk teknik marmet

Teknik Perahan Tangan (Marmet)

Kalau kata puan penat nak perah pakai tangan, takpa balik rumah baru pam.

Ini kerana, takda masalah kalau setakat puan “skip” pam hanya sehari. Asalkan jangan terlalu risau dan belajar relaks.

Sebab masalah akan jadi lebih teruk kalau puan terlalu risau je. Yang penting susu asalkan cukup untuk esok. Lagipun, puan bukan “skip” pam setiap hari tapi setakat tak pam susu 1 hari ini saja. Jadi, tak bagi efek sangat.

Bukan apa, saya risau ia akan efek hormon. Bila hormon terbantut, itu yang buatkan susu puan akan lagi “drop” dengan teruk.

(Ibu ini balas susu cukup sebab susu semalam pun ada lagi dekat 8 oz tak guna lagi)

Jadi, puan kawal emosi risau dan jangan terlalu fikir masalah yang belum lagi terjadi. Fikir apa yang puan dah capai sekarang.

Contoh :

1) Fikir susu akan “drop” sampai tak cukup, hanya sebab puan tak bawa pam hari ini.

Ini ialah masalah yang belum berlaku.

2) Fikir : Sekarang puan dah berjaya fully breastfeed sampai usia baby sekarang ni (contoh : 8 bulan) dan dah ada stok 8 oz susu semalam yang tak guna lagi di rumah.

Ini ialah apa yang puan ada dan dah capai. Jadi, fokus fikir yang ini.

Punca “low milk production” sebab risau. Hormon susu ibu yang berfungsi untuk membanyakkan susu ialah

Hormon Oksitosin dan Hormon Prolaktin.

Bila risau, hormon ni jadi “stuck”, dan badan tak boleh “create” hormon ini untuk hasilkan susu.

Jadi, puan perlu fikir jangka panjang.

1) Jika risau, hormon “stuck” dan susu akan terus “drop” di masa akan datang.

2) Jika belajar kawal emosi risau dan puan cuba belajar relaks, susu akan tetap ada dan kalau drop pun sikit saja.

Dan susu puan akan terus ada untuk tempoh masa akan datang walaupun puan tertinggal pam hari ini. Sebab? Puan berjaya kawal emosi.

Jadi, pilih pilihan yang menguntungkan puan di masa akan datang demi bayi puan.

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.