Seminar LPPSA~”Hadiah Tahun Baru 2021″ Yang Sangat Bermakna!

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Pada 2 Januari 2021 yang lepas, saya telah berkenalan dengan Tuan Irwan Zainal, iaitu Head Of Debt Consolidation di Far Capital. Sangat mengejutkan bahawa tuan Irwan akan menganjurkan seminar online LPPSA ini secara percuma!

Saya sangat berterima kasih tuan kerana sudi kongsikan ilmu ini secara percuma. Saya sangat menghargai dan akan sentiasa mendoakan tuan sekeluarga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.

Sedikit sebanyak tentang Tuan Irwan Zainal, boleh rujuk slide di atas.

Pengalaman beliau dah pernah tengok sampai 700 CCRIS.

Tuan Azmi Abdul Aziz pula LPPSA expert yang dah berpengalaman kerja di LPPSA selama 20 tahun

Kesimpulan yang saya belajar melalui video ialah :

Sebaiknya gunakan loan LPPSA sebelum umur 40 tahun, kerana risau bayaran takaful yang tinggi iaitu MRTT.

Loan LPPSA juga boleh digunakan dua kali, asalkan loan rumah pertama dah setel (sama ada sell off, paid off atau refinance)

Memang LPPSA is the best bullet lah! Sebab lepas 36 bulan baru mula kena bayar interest rumah kalau beli rumah undercons.

VIDEO SEMINAR LPPSA

SLIDES PENTING SEMASA SEMINAR ONLINE

Betul-betul best! Habis seminar, kami masih lagi berbincang dan bertanyakan soalan. Tuan Azmi Abdul Aziz bantu jawab soalan yang ditanyakan. Contoh soalan macam kat bawah ni. Soalan “hot” ni. Kalau mak saya tahu saya tanya soalan ni, habislah saya kena marah. Haha..mesti mak saya cakap, “berani hang no nak berenti gheja? Takkan hang nak dok umah jaga anak ja kot?” Hahah..taklah actually saya tanya sebab nak tahu saja. Saya pun tak fikir lagi bab nak pencen awal ni. Masih mudakan.

Lepas tu, kitorang macam konfius sikit pasal interest 24 bulan atau 36 bulan tu. Sempat lagi berbincang kat komen.

But Alhamdulillah, tuan Azmi dah tolong jawabkan. Siap bagi keratan kat bawah ni. Beliau kata 24 bulan tu untuk rumah landed. Kalau 36 bulan untuk rumah kondo/apartment. Memang dengar webinar ni, dah rasa tak sabar dah nak guna loan LPPSA ni tau!

Apapun, semoga perkongsian ini bermanfaat! Kita jumpa lagi ni posting seterusnya ya.

NuhaBaby

NuhaBaby

NuhaBaby Breastfeeding Centre adalah sumber rujukan khas buat ibu yang hamil, menyusu dan berpantang untuk belajar ilmu kehamilan dan penyusuan.
Pengasas (Founder) merangkap pemilik dan penulis blog nuhababy. com ialah Puan Siti Aisyah.

Beliau adalah seorang kaunselor penyusuan bertauliah dan ibu kepada dua anak, Nuha Areefa dan Umar Furqan.

Dibawah ialah senarai ebook di ebook.nuhababy.com

Antara ebook yang ada di NuhaBaby Breastfeeding Centre ialah (ebook.nuhababy.com) ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
NuhaBaby
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.