Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Sistem Efektif Menguruskan Susu Ibu Perahan

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

SISTEM EFEKTIF MENGURUSKAN SUSU IBU PERAHAN.

Antara tips pengurusan susu ibu perahan yang ingin saya kongsikan ialah :

1) Setiap hari, apabila ada lebihan susu setelah ambil anak lepas balik kerja + susu yang dipam di tempat kerja.

Letak di bahagian chiller. Tak dibekukan. Sejukkan di peti bawah sahaja

2) Susu di bawah ini akan digunakan untuk hari-hari seterusnya (Isnin – Jumaat)

3) Selepas hari Jumaat, pasti akan ada lebihan beberapa botol susu ibu yang tak lagi digunakan.

4) Lebihan susu itu baru kita bekukan dan buat stok frozen (aktiviti hujung minggu)

5) Ini ialah aktiviti hujung minggu dimana semak balik berapa botol susu yang tinggal dan baru bawa naik atas untuk difrozenkan.

Letakkan semua susu dalam plastik liner dan baringkan. Bekukan secara baring, ia akan menjimatkan ruang peti ais.

PETI AIS FROZEN

Hanya guna plastik liner sahaja, jimatkan ruang peti ais.

PETI AIS BAWAH

Hanya simpan susu yang belum dibekukan dalam storage bottle.

Terus terang, sepanjang perjalanan penyusuan saya.

Saya hanya memerlukan 10 storage bottle sahaja untuk jayakan penyusuan 2 tahun.

Kerana, deep freezer di rumah hanya untuk simpan bahan basah (beku).

Jadi, peti ais atas sahaja untuk bekukan susu.

Selain itu, saya tidak berapa banyak simpan stok susu beku.

Kebanyakan ialah susu fresh iaitu biasanya susu yang pam semalam atau 2 hari lepas.

Susu frozen paling lama pun biasa 2 minggu lepas.

Sebabnya mudah..rasa susu fresh lebih enak dan sedap daripada susu yang disimpan lama.

Bukan sahaja baby Furqan (anak saya) sukakan susu ibu yang fresh.

Saya sendiri pun suka minum susu fresh iaitu Farm Fresh.

Dalam pengurusan susu ibu perahan, kita perlu faham cara simpan stok, cara guna stok dan keluar masuk stok susu ibu tersebut.

Kerana? Ia akan menjimatkan masa kita dan jimatkan ruang peti ais kita.

Bila kita sudah cekap dalam menguruskan stok susu, InsyaAllah kita akan lebih tenang dan secara tak langsung, hormon pun senang untuk bantu lancarkan dan keluarkan susu ibu nanti.

STOK SUSU : PAM HARI INI UNTUK ESOK?

KALAU TIBA-TIBA TAK CUKUP, NAK BUAT MACAM MANA?

Baru-baru ini saya ada kongsikan cara efektif pam susu asalkan susu hari ini, cukup untuk stok hari esok?

Tapi, apa nak buat kalau tiba-tiba pam haritu, susu tak cukup untuk esok?

Jawapannya : Gunakan stok susu “frozen”.

MACAM MANA NAK BUAT STOK SUSU FROZEN KALAU STOK SUSU “CUKUP MAKAN JE?

Jadi, saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri sediakan stok frozen untuk bayi as back-up even saya jenis pam hari ini untuk esok.

Antara soalan ibu,

“Puan, macam mana saya nak buat stok frozen? Saya jenis ibu yang “kais pagi makan pagi” (dalam perah susu).”

Maksudnya, perah susu hari ini untuk stok hari esok.

“Teringin juga nak ada stok susu frozen.”

-Ibu A.

Jawapan saya :

Saya pun jenis yang pam hari ini untuk esok.

Biasanya hari Jumaat pam, yang stok Jumaat tu baru saya frozenkan terus sebab Sabtu dan Ahad cuti.

Jadi, Isnin tu saya pam semula pagi tu + campur frozen. Hari lain memang chilled EBM.

Pendek kata begini, Isnin hingga Khamis bayi saya minum susu chiller.

Yang hasil pam hari Jumaat terus frozen.

Isnin minggu depan kita akan mula balik “kais pagi makan pagi” tu.

YANG PENTING FOKUS SUSU CUKUP UNTUK BAYI

Jadi, puan boleh nampak tak walaupun pam hari ini untuk esok, tapi boleh juga nak buat stok susu frozen.

Yang penting, fokus susu cukup untuk bayi.

Elakkan juga emosi risau tu sebab ibu menyusu kena jaga emosi untuk nak pastikan susu sentiasa cukup untuk bayi.

—�-
Dengan teknik ini, saya tetap boleh buat stok susu frozen (yang hanya back-up) dan tak diusik.

Contoh :

Katalah 1 minggu = saya dapat simpan 1 pek susu frozen 6 oz pada hari Jumaat.

Ia bermakna 1 minggu = 1 pek susu frozen 6 oz.

4 minggu = 4 pek susu frozen (6 oz)

Ini baru BULAN PERTAMA.

Andai stok frozen ini tidak diusik, dan anda teruskan langkah ini pada

BULAN KEDUA.

Akhir bulan, anda akan dapat lagi :

4 minggu = 4 pek susu frozen (6 oz)

Jadi, untuk total 2 bulan. Anda ada 48 oz susu frozen sebagai back-up dan ia hanya digunakan untuk “emergency” sahaja.

Seeloknya biarlah stok susu ibu “frozen” tidak perlu terlalu banyak dan lama dalam peti ais. Ini kerana, susu ibu ada tarikh “expired”. Biasanya susu ibu hanya tahan di peti ais beku selama 3 bulan sahaja dan kalau di deep freezer, tahan selama 6 bulan sahaja.

Apa yang penting ialah, gantikan semula stok susu frozen yang digunakan dan anda akan dapat pastikan susu ibu dapat digunakan sepenuhnya dan tiada masalah pembaziran.

—�-
Teknik ini sesuai untuk ibu bekerja ofis dan guru sahaja.

Means dari masa 8 am – 5 am.

Bagi ibu yang perlu kerja lebih masa @ lebih 24 jam outstation.

Ia tidak boleh digunakan kerana anda perlukan stok susu yang lebih banyak.

APA NAK BUAT KALAU SUSU “DROP”?

Pada waktu ini, anak saya Umar Furqan berusia 9 bulan 14 hari. Ketika usia ini, minggu ini hasil pam susu di tempat kerja yang selalunya dapat 6-7 oz ketika pam di tempat kerja mula berkurang.

Walaupun saya masih teruskan menjaga pemakanan, minum air masak secukupnya.

Kini, sudah 1 minggu saya pam susu dan hanya dapat dalam 4 oz sahaja sehari ketika pam di tempat kerja.

Sedangkan, anak saya biasanya minum susu ibu 6 oz sehari.

APA YANG SAYA LAKUKAN UNTUK MENGURUSKAN EMOSI RISAU INI?

1) Saya hanya perlu tambah 1 sesi pam sahaja di rumah.

Contoh : sekarang anak minum 6 oz sehari.

Pam di tempat kerja dapat 4 oz sehari. Jadi, pagi atau malam sebelum kerja, saya hanya tambah sesi pam di rumah dan target dapat dalam 2 oz.

Supaya hasil pam cukup 6 oz sahaja untuk esok.

2)Saya tidak fokus pada matlamat jangka panjang tetapi fokus matlamat jangka pendek., iaitu target susu cukup pada hari esok dan minggu ini sahaja.

Contoh : Hari Isnin hasil pam dapat 4 oz sehari di tempat kerja.

Jadi, pam di rumah dan berusaha dapatkan hasil 2 oz supaya hari esok, Selasa saya dapat cukup stok 6 oz.

Target saya : ulang proses ini supaya berjalan lancar sehingga hari Jumaat.

Kerana lepas tu Sabtu dan Ahad cuti.

Elakkan fikir urusan minggu depan. Setel dan fokuskan pada susu cukup untuk minggu ini saja dulu.

Jadi, biasanya hasil pam hari Jumaat iaitu 4 oz susu. Saya tidak gunakan untuk minggu depan dan balik kerja terus frozenkan.

Stok pam hari Jumaat = saya jadikan stok susu frozen yang boleh dijadikan back-up nanti.

HARI ISNIN DEPAN?

Saya boleh pam susu di rumah dan ada masa 2 hari iaitu Sabtu dan Ahad untuk pam susu dan matlamat dapat 6 oz susu pada Hari Isnin depan.

Jadi, pada hujung minggu. Saya boleh bersama keluarga dan hanya perlu fokus pam di rumah dengan target hasil pam 6 oz susu.

RENDAHKAN MATLAMAT ANDA

Capai matlamat ini. Kita pun tak sakit kepala dan boleh bersenang bersama keluarga.

Kalau saya balik kampung?

Saya boleh rendahkan lagi target iaitu :

1) Guna stok frozen sebanyak 4 oz.

2)Hanya perlu pam tambahan lagi 2 oz susu untuk kegunaan hari Isnin nanti.

Jadi, matlamat rendah iaitu pam lagi extra untuk dapatkan lagi 2 oz susu.

Rendahkan matlamat anda = kurangkan stress mengepam susu di rumah.

Asalkan yang penting, pada hari Isnin nanti. Siap dah cukup bekalan susu sebanyak 6 oz pada hari itu.

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.