Solid Food Umar Furqan ~ 9 month

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

SOLID FOOD UMAR FURQAN : 9 MONTH

BUBUR AYAM

Pada usia anak 9 bulan, kita sudah boleh perkenalkan makanan seperti ikan bilis dan ayam.

Jadi, pada hujung minggu ini. Saya sudah mula menyediakan stok solid food untuk Umar Furqan selama 1 bulan

——-

Langkah Satu

——-

Sediakan Air Rebusan Stok Ayam

Resipinya :

1) Tumis 4 sekawan dengan sedikit minyak

2) Masukkan 4 sekawan, bawang putih, bawang merah, halia, rangka ayam, carrot (potong memanjang) dan daun seleri.

3) Masukkan air dan sedikit perahan lemon

4) Rebus sehingga empuk. Lagi lama lagi bagus. Saya menggunakan pressure cooker dan rebus selama 1 jam.

Setelah ramuan ini siap direbus

——-

Langkah Dua

——-

1) Tapiskan air dan asingkan isi rebusan

2) Anda akan ada dua bekas iaitu

Stok air rebusan ayam tadi dan juga isi ayam yang sudah hancur + carrot + seleri

——–

Langkah Tiga

——–

1) Simpan stok air rebusan ayam dalam bekas kiub kecil tadi untuk difrozenkan.

2) Isi ayam hancur + carrot + seleri tadi pula akan kita asingkan dalam beberapa plastik kecil untuk difrozenkan juga

———

Langkah Empat

———

Menyediakan Bubur Ayam yang enak dan Penuh Nutrisi dalam Masa 5 Minit

Ialah dengan

1) 1 sudu beras yang sudah diblender hancur

2) Tuang 2 kiub stok ayam yang difrozenkan

3) Tuang 1 bekas plastik yang mengandungi ayam + carrot + seleri

Sedikit air dan masak bubur sehingga siap!

——-

Stok Beras Hancur

——-

Blender beras supaya agak kasar dan simpan dalam bekas

——-

Stok Ikan Bilis

——-

Rendam ikan bilis untuk kurangkan masin dan kandungan garam di dalamnya.

Tapis dan keringkan ikan bilis menggunakan tisu.

Boleh goreng ikan bilis tanpa minyak atau bakar dalam oven dengan suhu rendah hingga keras dan rapuh.

Saya guna 100 darjah celcius untuk oven saya.

Guna mesin pengisar dan kisar hingga halus.

Simpan dalam bekas.

—–

Stok ikan bilis dan stok beras kasar sudah siap!

—–

Hasilnya :

BUBUR AYAM YANG BERKHASIAT UNTUK ANAK SIHAT

Umar Furqan anak saya sangat sukakannya! Makan sampai habis dan menjilat jari.

Sedap!

Bekas tutup biru – stok beras kasar

Bekas tutup pink – serbuk ikan bilis

Kiub ais – stok air rebusan ayam

SILAKAN SHARE supaya lebih ramai bayi dapat menikmati makanan sihat untuk meningkatkan imun sistem dan kesihatan badan anak anda.

 

 

Ebook Pemakanan Anak Usia 6 Bulan Ke Atas

atau lebih dikenali sebagai

Ebook Solid Food

Anda perlu faham dahulu yang keperluan susu ibu bagi bayi usia 6 bulan ke atas sudah berkurang, dimana bayi usia 6 bulan hanya mendapat nutrisi 2/3 saja daripada susu ibu.

Untuk mencukupkan nutrisi bayi, anda boleh mula memberikan makanan pejal kepada bayi anda seawal usianya 6 bulan

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN EBOOK SOLID FOOD

 

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.