



Antara persoalan yang pernah ditanya ibu kepada saya ialah
KETAHUI PUNCA SUSU BADAN BERDARAH
Menurut Dr Nurjasmine Aida Jamani & Dr Hasbullah Mohamad dalam artikel beliau dalam blognya, Health Education & Obstetik.
Ada 4 punca yang menyebabkan susu badan ibu berdarah iaitu
#1 PUTING/TISU PAYUDARA CEDERA
Apabila puting melecet atau luka, ia menyebabkan tisu payudara cedera. Ianya berpunca daripada lekapan dan posisi penyusuan bayi yang tidak betul atau kekerapan pam, kerap dan pam terlalu lama ( contoh : Lebih daripada 30 minit)
#2 SALUR DARAH BENGKAK/TERSUMBAT
Kadangkala, ibu boleh terasa ada ketulan di sekitar payudara. Hal ini kerana salur darah membengkak dan tersumbat. Sindrom ini dikenali sebagai “rusty pipe sindrome” yang mana ianya tidak bahaya.
Ibu hanya perlu amalkan air suam secukupnya dan Vitamin C untuk melancarkan balik perjalanan darah, serta urutan lembut di sekitar ketulan.
Biasanya keadaan akan pulih seperti sediakala dalam 3-7 hari. Susu badan juga jika tercampur sedikit darah, ianya tidak lagi bahaya dan selamat diminum bayi anda.
#3 KETUMBUHAN KECIL DALAM SALUR PAYUDARA
Ianya tidak bahaya, tidak sakit cumanya ia menyebabkan lelehan berdarah yang tidak kerap. Selalunya ia hanya berlaku pada salah satu puting payudara.
Ianya boleh dirawat dengan pembedahan kecil dan dapatkan pemeriksaan doktor untuk rawatan lanjut.
#4 KANSER PAYUDARA
Antara sebab lain juga ialah kanser. Jika anda terasa ketulan di payudara dan ianya tidak menyakitkan, anda boleh berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
PANDANGAN ISLAM TENTANG SUSU BERCAMPUR DARAH
Menurut Al-Khatib Al-Syirbini di dalam kitabnya, Al-Iqna’ dan Zainudin Al-Malibariy di dalam Fath Al-Muin di dalam Fiqh Mazhab Syafiei menyatakan,
KESIMPULAN
Susu yang bercampur darah, dengan amat sedikit, dan sukar diasingkan kedua-duanya (darah dan susu) disahkan selamat dan halal untuk diminum bayi
Walau bagaimanapun, sekiranya susu bercampur darah dan puting masih mengeluarkan lelehan darah masih tidak berkurangan dalam tempoh 7 hari, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga bermanfaat!
Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam?
Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?
Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?
(KLIK SINI UNTUK EBOOK)



