Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Susu Formula Membantu Turunkan Kuning Anak ?

September 21, 2015 by Blog, Newborn, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Hari ini saya ingin kongsikan satu kisah.

Kisah seorang ibu, yang anaknya kuning lama sekali dan dan kuning tidak juga turun.

Ini adalah kisah yang dikongsikan sendiri oleh Puan Norashida Abdul Rahman, seorang Konsultant Penyusuan di Malaysia (IBCLC) sepanjang pengalaman beliau melayan klien berkaitan Konsultansi Penyusuan.

======

APA KISAH YANG DIKONGSIKAN OLEH PUAN SHIDA?

======

Kisah seorang ibu, yang anaknya kuning lama sekali dan dan kuning tidak juga turun.

Kemudian, doktor mencadangkan supaya ibu memberi susu formula.

Jadi ibu ini bertanya,

Boleh saya tahu kenapa saya kena beri susu formula ye? Adakah susu formula membantu turunkan kuning?

Jawapan Doktor

Ini kerana, saya nak tengok dan pastikan bayi puan minum banyak tak. Kalau susu formula ada kuantiti dan senang disukat.
Kalau menyusu, saya susah nak nampak kerap ke tidak puan menyusu dan berapa banyak susu yang bayi puan minum, jadi susah sikit untuk saya.

Maka, si ibu pun mencadangkan,

Kalau macam tu, boleh tak saya pam susu ibu dalam botol dan bagi melalui botol?

Maka Doktor pun menjawab,

Oh, boleh sangat Puan, lagi senang, puan dapat teruskan menyusu dan saya pun mudah kerja senang merekod untuk pemeriksaan kuning nanti.

=====

APA YANG KITA BOLEH BELAJAR DARIPADA KISAH INI

=====

Anda pernah dengar cadangan supaya bagi anak susu formula untuk turunkan kuning? Ia terpulang kepada keputusan setiap ibu bapa.

Namun, jika anda seorang ibu yang bercita-cita mahu menyusukan anak sepenuhnya, anda perlu sedia maklum risiko-risiko yang bakal berlaku jika anda mula beri bayi anda susu formula..

RISIKONYA IALAH

#1 PENGHASILAN SUSU IBU AKAN SEMAKIN BERKURANG

1d36284d-7a88-4a6d-8333-bf304f37bcbf

Bila bayi kenyang dengan susu formula, bayi akan kurang menyusu susu ibu. Susu ibu pula hanya terhasil bila ada rangsangan sama ada bayi menyusu atau di pam keluar.

Jadi bila pengeluaran susu berkurang, lama-lama susu akan menjadi sikit.

Dengan kata lain, pemberian susu formula mengganggu penghasilan susu ibu yang cukup!

#2 BAYI ALAMI KELIRU PUTING

bf

Bayi baru lahir, masih sedang belajar menghisap untuk menyusu.

Menyusu di payudara ibu, perlukan bayi hisap dengan kuat, lidah perlu keluar dan otot bayi perlu “bekerja keras” untuk menyedut, menghisap dan menelan. Ianya bagus kerana keseluruhan otot mulut digunakan dan dirangsang.

Bila bayi diberi susu formula melalui botol, bayi tidak perlu menghisap kuat. Aliran susu pula laju yang mana bayi hanya perlu menelan, menelan dan terus menelan! Menyebabkan bayi tidak dilatih dengan gaya penyusuan yang betul.

Kesannya, bayi akan “lupa” cara menyusu di payudara, dan tidak biasa lagi menghisap payudara ibu. Bayi akan keliru dan menjadi “tidak sabar” jika menyusu kerana bayi sudah biasa dengan aliran susu yang laju melalui botol.

Sedangkan susu ibu aliran susunya dikawal oleh hisapan bayi.

Kesimpulannya, memberi puting botol pada ibu boleh menyebabkan bayi akan sukar untuk kembali menyusu dengan ibunya!

#3 RISIKO KESIHATAN

 

21dangers-jun2012-page1

Sistem penghadaman bayi sememangnya masih belum matang. Banyak kes direkodkan di hospital, risiko kesihatan bayi yang minum susu formula seperti masalah

  • asma
  • alergi
  • radang telinga
  • masalah pada hati
  • masalah pernafasan
  • rendah IQ dan perkembangan kognitif
  • obesiti
  • diabetes
  • masalah penghadaman
  • susu yang tercemar
  • masalah gigi dan gusi

dan banyak lagi! (lihat gambar)

Sumber maklumat ini daripada WABA ( World Alliance for Action ).

Ini kerana, susu formula mengandungi protein yang keras dan sukar dicernakan oleh perut bayi.

Sedangkan susu ibu mengandungi protein lembut yang senang dicerna dan dihadam oleh usus dan perut bayi yang masih belum matang.

Jika anda mahu memberi susu formula, anda perlu bersedia dengan sebarang masalah kesihatan yang berisiko untuk berlaku pada bayi anda.

#4 KOS KEWANGAN

formula-and-toddler-milk-sales-in-us-billions-infant-formula-formula-for-6-to-12-month-olds-toddler-milk_chartbuilder-1

Sememangnya membeli susu formula, anda perlu bersedia dengan kewangan yang stabil untuk membeli susu berbulan-bulan. Dan juga andai kata bayi diuji dengan masalah kesihatan, anda perlu juga bersedia untuk kos rawatan bayi pula.

Sedangkan susu ibu hanya percuma!

Jadi, inilah dia 4 CABARAN TERBESAR andai kata anda mahu mula memberi susu formula.

Cabaran demi cabaran besar, yang akhirnya kadangkala membuatkan ibu yang asalnya mahu berjaya menyusu boleh terus “give-up” daripada meneruskan penyusuan!

Jadi, pastikan anda mempunyai ilmu untuk membuat sebarang keputusan yang bijak!

breastandformulameme

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.