Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Susu Saya Cair, Bayi Tak Kenyang, Apa Nak Buat?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Saya pernah mendapat mesej daripada seorang ibu, begini bunyinya

Salam puan, saya ada baby umur 4 bulan. Masalah saya sekarang ialah susu saya semakin cair.
Susu cukup, puan. Tetapi baby bila buang air besar najis dia warna hijau.

Jadi, ibu ini risau kerana walaupun susunya cukup, tetapi cair. Bila susu cair, dan najis bayi berwarna hijau, ini menunjukkan bayi sebenarnya TIDAK MENDAPAT SUSU YANG SECUKUPNYA.

Cara Pastikan Bayi Dapat Cukup Susu

Jika anda alami masalah sama seperti di atas atau bayi anda bermasalah seperti

  • selalu meragam
  • kembung
  • najis bayi berwarna hijau
  • tak kenyang
  • kerap buang air besar
  • berat bayi tak naik seperti sepatutnya

Ianya bukanlah tanda susu tak cukup.

Mari saya fahamkan anda dulu, apakah PUNCA MASALAH-MASALAH diatas berlaku. Puncanya ialah

  1. Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu
  2. Susu ibu terlalu banyak
  3. Bayi hisap sedikit dan tertidur
  4. Ibu tidak mengepam dan tidak menyusu dengan kerap

Bila ini berlaku, bayi akan mendapat banyak “susu cair” dan akibatnya bayi tak kenyang kerana TIDAK MENDAPAT SUSU AKHIR. Bayi hanya mendapat susu awal sahaja. Dan ia menyebabkan susu ibu yang terhasil TIDAK SEIMBANG KOMPOSISINYA.

Jadi post saya kali ini ialah saya mahu FOKUS kepada bagaimana cara untuk memastikan bayi mendapat susu ibu yang cukup dan seimbang.

Di dalam susu ibu, terdapat 2 komposisi iaitu susu awal (foremilk) dan juga susu akhir(hindmilk).

The-Anatomy-of-Breastmilk

APA ITU SUSU AWAL DAN SUSU AKHIR?

SUSU AWAL  ialah susu yang berada di “depan” kilang susu ibu (dalam payudara). Bila penyusuan berlaku, susu awal akan keluar dahulu. Dalam bahasa penyusuan, susu awal ini dipanggil FOREMILK. 

SUSU AWAL 

  • Lebih cair
  • Tinggi kandungan air
  • Warna mungkin kehijauan atau kebiruan (bergantung pada ibu)
  • Mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin

Susu awal penting untuk perkembangan otak bayi dan tenaganya, serta menghilangkan haus bayi ! (sebab itu bayi menyusu tidak perlukan air masak ye)

images

SUSU AKHIR

ialah susu yang berada di “belakang” kilang susu. Dalam bahasa penyusuan, ianya dipanggil HINDMILK.

Ianya lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi.

Kedua-kedua susu ini sangatlah penting untuk bayi dapatkannya secara seimbang (klik imej)

images (1)

Ade paham?

Jadi, apa yang ibu boleh buat untuk pastikan susu ibu lebih pekat ialah antaranya

  1. Susukan bayi dengan sebelah payudara sahaja. Sebelah lagi pam
  2. Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi
  3. Pastikan anda mengepam/menyusukan bayi secara konsisten mengikut jadual mengepam/masa menyusu
  4. Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat

Okey, jadi jika bayi anda ada masalah seperti bayi tak kenyang, berat tak naik dan najis berwarna hijau..

Jangan cepat putus asa ye!

Bukan tanda susu tak cukup, tetapi susu awal mungkin terlalu banyak hingga bayi tak sempat nak dapatkan susu akhir!

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.