Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Susu Saya “Makin Berkurang” Walaupun Saya Direct Breastfeed?

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara soalan penyusuan yang ditanya kepada saya ialah,

Assalam puan, umur bayi saya nak masuk 2 bulan. Masalah saya, susu semakin berkurang. Bayi akan minum kenyang 2 kali sehari saja secara terus (direct) iaitu pada jam 5 pagi dan 7.30 malam.

Bayi akan tak cukup susu pada waktu menyusu lain sebab saya boleh rasa takda susu. Bila saya pam, saya akan dapat 2 oz dalam masa 30 minit untuk sebelah breast. Untuk info puan, anak saya tak mahu susu formula.

Sekarang saya masih dalam tempoh cuti bersalin. Anak saya juga minum susu formula selain 2 waktu yang saya maklum tadi.

Respon saya :

Okay kalau macam tu, boleh tak puan kongsikan pada saya tanda-tanda dan respon bayi yang buatkan puan rasa bayi tak cukup susu atau susu puan berkurang?

Contoh : Bayi menangis dan mengamuk waktu menyusu. Boleh kongsikan dulu?

Respon ibu :

Waktu menyusu (direct breastfeed), bayi akan diam dalam beberapa sedutan saja. Tak lama lepas tu, bayi akan mengamuk dan menangis. Tak dapat susu dan menggigit dan tarik puting. Saya rasa breast pun lembik.

Tambah lagi, bila saya beri susu formula pun bayi tak nak minum. Tindakannya mengamuk dan menolak-nolak puting botol, susu dibiarkan meleleh dari mulut (bayi tak telan susu).

Tak cukup susu, saya rasa breast tak tegang (maksudnya susu tak penuh atau tak bengkak).

Jadi, soalan saya adalah :

1)Macam mana cara saya untuk dapatkan kembali susu yang cukup kepada bayi bagi waktu selain 5 pagi dan 7.30 malam tu?

Sebab, waktu menyusu selain 2 waktu tersebut susu saya sangat kurang dan tiada walaupun sebenarnya pada waktu itu, bayi nak menyusu.

2)Boleh ke susu saya kembali ada walaupun saya tidak pam setelah 1-2 minggu? Saya hanya direct breastfeed tetapi tidak cukup susu.

Jawapan saya :

Wassalam puan, boleh. Bayi puan boleh dapat susu yang cukup walaupun paun tak pam susu dalam 1-2 minggu dan hanya direct breastfeed sahaja.

Saya akan jelaskan satu persatu okay.

1)Untuk masalah breast tak tegang, puan dah tersilap kerana terpengaruh dengan mitos penyusuan. Jadi, puan perlu faham yang kalau breast tak bengkak. Ia bukan bermaksud susu tak cukup.

Jadi, puan perlu baca link ini dulu.

Saya Tak Alami Bengkak Susu, Susu Saya Sikit Ke?

2)Bagi masalah direct breastfeed, iaitu bayi mengamuk dan menangis sampai tarik nipple, ia juga bukan tanda susu tak cukup tapi ia adalah fasa normal yang bayi sedang lalui iaitu growth spurt. Dimana keadaan ini, susu akan tiba-tiba menjadi “slow”.

Jadi, puan boleh baca juga link ini untuk faham apa yang berlaku dan penyelesaiannya.

Susu Tiba-Tiba “Drop”? Bayi Kerap Menyusu?

Dan saya juga akan kongsikan kenapa kadang-kadang puan lihat bayi akan kelihatan kerap menyusu seolah tidak kenyang.

Puan boleh baca link ini dulu ya

Bayi Kerap Menyusu Macam Tak Puas Sampai Kena “Top-Up” Susu Formula?

Sebenarnya puan, tanda bayi dapat cukup susu bukan diukur daripada breast yang tak tegang, lembik dan bayi mengamuk.

Breast yang lembik itu normal dan bayi mengamuk kerana susu “slow” sebab sedang lalui fasa growth spurt.

 

Tanda sebenar bayi dapat cukup susu ialah

4 Tanda Bayi Dapat Cukup Susu Ibu

Jadi, puan. Selama mana puan sentiasa menyusu bayi secara terus dan menjaga pemakanan puan serta minum air yang secukupnya. Bayi akan sentiasa mendapat susu yang cukup.

Bila puan tengok bayi buang air besar okay, berat naik elok dan bayi aktif sihat. Itu bermakna, susu cukup untuk bayi.

Anda masih tak faham lagi cara nak simpan dan uruskan stok susu ibu?

Terutama nanti bila naik kerja nak bagi pada pengasuh?

Download panduan ini supaya anda faham pengurusan stok susu ibu yang betul tanpa menjejaskan khasiat susu ibu selepas diperah.

(KLIK PADA IMEJ DI BAWAH SEKARANG)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.