Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Susu Saya Nampak Cair..Apa Nak Buat Bagi Susu Nampak Pekat?

July 9, 2017 by Blog, Breast Clinic No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan ibu yang pernah ditanya kepada saya ialah,

Puan, saya tengok susu saya cair. Selepas 30 minit masih cair dan saya rasa hindmilk tak banyak. Macam mana ya nak banyakkan hindmilk tu?

SUSU HINDMILK DAN FOREMILK

Bagi ibu para pembaca blog ini yang belum tahu lagi apa itu hindmilk dan foremilk, boleh terus ke link ini.

Susu Saya Cair, Bayi Tak Kenyang, Apa Nak Buat?

JAWAPAN SAYA

Puan, tak semestinya hindmilk yang banyak itu bagus dan tak semestinya susu cair itu banyak tidak bagus.

Puan perlu faham begini, paling penting ialah kita sebagai ibu pastikan susu kita cukup untuk bayi.

Dan kita sebagai ibu juga tak tahu banyak mana bayi perlukan hindmilk dan foremilk itu. Ada masa badan bayi kurang air jadi perlukan susu yang lebih cair (tinggi foremilk). Ada masa badan bayi perlukan lebih lemak jadi susu akan lebih pekat (tinggi hindmilk).

Yang akan hasilkan susu hindmilk atau foremilk cukup atau tidak kuantitinya untuk bayi kita, itu bukan tugas kita.

Tetapi tugas kilang susu iaitu payudara.

Ini kerana, bila bayi menyusu. Lidah bayi akan sentuh pada kulit dan puting payudara ada reseptor. Reseptor ini akan kenalpasti badan bayi, apa nutrisi yang bayi perlukan pada masa itu dan reseptor akan bawa maklumat itu pada otak.

Tujuannya untuk bagitahu pada otak dan otak akan salurkan maklumat pada kilang susu, untuk payudara hasilkan kuantiti hindmilk dan foremilk yang macam mana sesuai untuk badan bayi pada masa itu.

Jadi, breast akan hasilkan susu mengikut maklumat yang dia dapat dari otak. Dan breast tak akan salah dan silap dalam menghasilkan kuantiti dan nutrisi susu yang baik sebab ia pekerja kilang ciptaan Allah.

Puan sebenarnya perlu yakin dengan kilang yang Allah cipta ini dan ia lebih baik dari kilang buatan manusia. Badan puan juga tidak akan silap dalam menghasilkan susu yang terbaik.

Cuma, untuk pastikan bayi dapat cukup susu, itu tugas puan iaitu pantau sama ada susu cukup atau tidak untuk bayi puan.

4 Tanda Bayi Dapat Cukup Susu Ibu

KESIMPULAN

Ibu tidak perlu menganggap susu cair tidak bagus atau sebagainya selepas pam susu. Ini kerana, badan kita tidak akan pernah menipu dalam menghasilkan bancuhan susu yang terbaik.

Jadi, bukan tugas kita sebenarnya untuk fikirkan susu cair atau susu pekat atau nak banyakkan hindmilk dan lain lagi.

Yang penting, jangan menilai susu dari sudut fizikal luaran dan andaian kita sendiri. Jika bayi anda dapat cukup susu, anda tidak perlu risau banyak mana hindmilk atau foremilk kerana payudara anda tahu dan dapat maklumat sepenuhnya untuk hasilkan bancuhan susu terbaik untuk bayi anda.

“Payudara ibu lebih pandai daripada otak professor dalam menyediakan formula sempurna cecair yang sangat berkhasiat untuk bayi (susu ibu)”

~ Oliver Wendell Holmes

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.