Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Teknik Perahan Tangan (Teknik Marmet)

August 3, 2016 by Blog, Breast Clinic, Penyusuan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara persoalan ibu yang pernah ditanya kepada saya,

“Teknik Marmet ini apa?”

“Bagaimana cara nak perah susu dengan betul sebab saya perah tapi susu tidak keluar dan puting jadi sakit dan luka”

“Kenapa bila saya picit susu tidak keluar? Saya picit puting.”

Apabila telah belajar Teknik Marmet yang betul.

“Oh..rupanya baru saya tahu cara saya salah..sepatutnya saya picit di kawasan sekitar aroela sahaja untuk memerah susu. ”

#LANGKAH 1

Letakkan jari anda dalam bentuk C di bahagian luar aroela. Berhati-hati agar tidak terlalu rapat dengan puting. Kalau aroela anda besar, kedudukan jari anda ialah di mana mulut bayi berada setiap kali menghisap susu.

#LANGKAH 2

 

 

Tekan ke dalam iaitu ke dalam bahagian payudara anda. Tolak ke arah (ke dalam) tulang dada.

 

#LANGKAH 3

Picit ke bahagian dalam puting dalam 5 kali perahan

# LANGKAH 4 

images

Buat pusingan membulat di sekeliling aroela anda dan ulang langkah 1 hingga 3.

KESIMPULAN

Kesimpulan daripada teknik memerah ini boleh disimpulkan seperti gambar dibawah.

download

Ianya mengambil masa selama 15 minit hingga 20 minit bagi setiap sebelah payudara sehingga payudara terasa kosong.

Hanya fokus picit di kawasan sekitar aroela sahaja, elakkan picit di kawasan lain kerana ia boleh menyebabkan masalah saluran susu tersumbat atau tisu otot cedera.

Juga, elakkan daripada memicit puting ya.

Selamat memerah susu!

 

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.