Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Khasiat Susu Kambing Buat Ibu Hamil

September 7, 2015 by Blog, Kehamilan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

“Jangan minum susu kambing tu, panas..nanti boleh keguguran tau!”

Ibu pernah dengar ungkapan ini?

Tahukah ibu, sebenarnya susu kambing sangat bagus diamalkan ketika mengandung, dan ia juga sunnah Rasulullah SAW.

Kajian juga membuktikan susu kambing mudah dihadam dan melancarkan perjalanan darah.

Saya sendiri sewaktu mengandungkan anak saya dahulu, setiap hari akan saya pastikan meminum segelas susu kambing.

Ianya tinggi kalsium, yang mana akan membantu membentuk tulang yang kuat pada bayi dan juga sebagai ikhtiar kita mengelakkan anak terkena kuning.

Oh ya, ibu tahu kenapa orang berkata susu kambing “panas”? Ini kerana, susu kambing mampu melancarkan perjalanan darah, memecahkan molekul kolesterol yang mem”block” salur darah. Injap jantung juga akan terbuka semua injapnya menyebabkan darah lancar…seolah macam kita bersenam, kan ade berpeluh..jadi suhu badan kita mungkin tinggi sedikit ketika itu

(sebenarnya terlalu sedikit panasnya).

Bila jantung laju mengepam, jadinya naiklah sedikit suhu badan..

Bagus bila lancar perjalanan darah ni, kerana barulah segala nutrien dan zat makanan sepenuhnya dapat diserap oleh badan.

Saya masih ingat kisah seorang rakan saya, lepas meminum susu kambing, katanya dia pening kepala. Setelah saya kaji, barulah saya tahu kenapa dia pening..ini kerana darahnya lancar dan bila perjalanan darah dan oksigen mendadak laju dari biasa, otak akan “pening” pada permulaan tapi lama-lama akan okey.

Apa lagi, jom kita amalkan susu kambing setiap pagi!

Anda Sedang Hamil?

Adakah anda nak ilmu kehamilan supaya anda dapat bina kekuatan fizikal, mental dan emosi untuk menjadi seorang ibu, sihat tubuh badan ibu & bayi serta mudah bersalin?

Bagaimana ebook ini boleh bantu anda supaya anda kekal sihat sepanjang kehamilan melalui pemakanan yang betul dan senaman yang sesuai sepanjang hamil.

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.