Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

4 Tips Melegakan Masalah Loya Dan Muntah Ketika Hamil

September 4, 2015 by Blog, Kehamilan No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Apa itu “morning sickness”? Morning sickness ialah keadaan di mana ibu hamil akan muntah dan loya sewaktu di awal kehamilan.

Biasanya morning sicknesss ini terjadi ketika mula-mula mengandung. Lain ibu, lain alahan dan lain morning sicknessnya. Ada ibu yang loya dan muntah sepanjang kehamilan tapi ada juga ibu yang loya di awal kehamilan saja.

Ada rakan saya yang mesej saya juga, bertanya tips mengatasi morning sickness. Katanya..

Akak dah tak larat nak muntah dan memang terbaring je sejak mengandung ni, Aisyah ada ape-ape tips tak?

Jadi, sangat penting untuk ibu tahu cara mengatasi masalah mual dan alahan teruk ketika hamil. Disini saya kongsikan beberapa tips berdasarkan ilmu dan pengalaman saya untuk kurangkan rasa loya tu.

#1 SPIRULINA ORGANIK

cert-org-spirulina

Tips ini saya belajar daripada salah seorang mentor parenting saya iaitu Puan Lina Karim, Pengasas Islamic Parenting Network.

Puan Lina juga banyak berkongsi tentang amalan pemakanan beliau ketika hamil kedua anaknya, Darwish dan Darwisya di dalam Ebook Bayi Genius Akhir Zaman.

Apa yang saya belajar daripada beliau ialah, masalah ibu hamil seperti loya, pening dan muntah sebenarnya ialah “krisis pembersihan” sistem badan bagi mengeluarkan bahan-bahan bertoksin yang terkumpul dalam badan ibu sebelum ini.

Selalunya, ia menyebabkan ibu kurang selera makan dan ini akan memberi kesan kepada bayi dan pertumbuhan otaknya jika zat daripada ibu adalah terhad.

Jadi, amat penting seorang ibu itu menyediakan badan yang sihat sebelum hamil. Puan Lina Karim mengamalkan Spirulina Organik beberapa tahun sebelum hamil yang mana ia berperanan untuk lakukan proses detoksifikasi harian.

Alhamdulillah, beliau tidak mengalami sebarang masalah alahan & morning sickness semasa mengandungkan kedua anaknya dan ianya sangat mudah bila mengandung tanpa sebarang masalah alahan kerana semuanya sudah cukup apa yang diperlukan oleh bayi dari dalam tubuh kita.

Dari pengalaman saya mengandungkan anak kedua saya, saya juga mengamalkan setiap pagi menelan Spirulina Organik ini dan Alhamdulillah memang saya tidak mengalami juga sebarang masalah loya, pening dan alahan. Ianya adalah salah satu superfood yang amat baik untuk ibu mengandung dan multivitamin semulajadi yang selamat dari bahan kimia (pilih yang organik).

Amat berbeza jika saya bandingkan pengalaman saya sewaktu mengandungkan Nuha dahulu dimana saya hampir setiap hari muntah dan loya. Ketika itu saya memang tidak mengamalkan spirulina ini.

InsyaAllah pengambilan Spirulina yang konsisten setiap hari mampu membersihkan badan kita dari segala toksik dan sekaligus mengelakkan masalah loya dan muntah ketika hamil.

#2 TEH ATAU HIRISAN HALIA

Ginger-tea-root1

Tips ini pula saya belajar daripada salah seorang Mentor Kehamilan saya iaitu Puan Fadillah Nur, Pakar Perbidanan Islam dan Penulis Buku Mudahnya Bersalin.

Antara tips daripada beliau untuk melegakan mual dan loya ini ialah, mengemam hirisan halia lalu digigit sedikit. Jika anda tak berselera, celupkan hirisan halia tadi dengan sedikit madu asli dan hisaplah hingga mual terasa lega.

Anda boleh juga buat teh yang dicampur dengan hirisan halia. Halia berkesan untuk melegakan loya ibu mengandung dan mengurangkan ketidakselesaan perut. Ikut kajian, halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan tidakselesaan perut sebanyak 75 %.

#3 SENAMAN YANG TERATUR

Ketika saya mengandungkan anak kedua saya, antara amalan senaman saya ialah berjalan laju sejauh 5 km dalam masa 1 jam 20 minit (seminggu 3 kali). Kaedah senaman ini saya belajar daripada salah seorang Mentor Kehamilan saya iaitu Puan Hayati Muzaffar, ChildBirth Educator di Malaysia.

Menurut Kak Yat (ini kerana saya memanggilnya Kak Yat), antara manfaat bersenam ketika mengandung ialah,

1) Mampu menstabilkan paras Hb dalam darah

2) Membuang toksin dalam badan

3) Mereleasekan stress

4) Menghilangkan alah dan loya sepanjang mengandung sebab toksin dikeluarkan dengan jayanya.

5) Memberi full oksigen pada baby dalam kandungan terutama waktu nafas dan jantung tengah laju dan kita tengah tercungap-cungap.

6) Otot-otot bersalin akan lebih lembut, anjal dan kenyal untuk meregang dan mengecut nanti ( expand and contract)

Sebaliknya, jika kita terus “bermalas-malasan”, ia akan datangkan masalah kesihatan lain seperti otot keras, ketat dan tak selesa. Jika konsisten bersenam ketika hamil, InsyaAllah semakin besar janin kita, maka kita akan diberi nikmat kesihatan & kurang tekanan pada fizikal dan emosi.

Walaupun ketika saya hendak habiskan 5 km, nafas sudah tercungap-cungap. Tapi saya seronok sebab saya tahu, bayi dalam perut dapat oksigen secukupnya dan diakses sepenuhnya oleh aliran oksigen yang lancar!

Seronok apabila bayi gerak dan kita tahu, “he is now taking a lot of oxygen” biarpun kita tercungap.

Bak kata Dr Bradley,

“Birth is an athletic event, one of the most challenging event in woman’s life.

Pendek kata, untuk melalui proses kelahiran, energy dan muscle seorang ibu perlu kepada strengh, determination, focus and stamina!

Terus terang, senaman ini juga membantu saya mengurangkan masalah loya dan alahan.

4# RAWATAN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL

Ramai ibu hamil yang mengalami masalah muntah, loya dan badan masuk angin hingga akhirnya hanya mampu terbaring, tidak mampu berbuat apa-apa tanpa tahu apakah rawatan terbaik yang selamat untuk ibu hamil.

Ini ialah apa yang saya belajar daripada Puan Siti Aishah, Pengasas Blessed Beauty Confinement dan seorang juru urut bertauliah dalam bidang perbidanan dan berpantang Melayu.

Menurut beliau, ibu hamil bukan sahaja digalakkan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan senaman secara teratur. Malah, digalakkan untuk berurut dan bertuam jika perlu.

Kadangkala, saya ada juga terasa angin 1 badan dan pedih ulu hati seperti rasa mual. Jadi, ada beberapa rawatan yang saya buat sendiri di rumah untuk legakan loya dan mual tersebut iaitu:

1) Saya buat air mandian herba jika badan rasa masuk angin dan loya. Memang badan terasa sihat dan segar lepas mandi.

2) Untuk elakkan badan masuk angin dan tekak tidak sedap pula, saya sapukan Baby Oil dan juga Body Beauty Oil (BBO). Ia membantu saya untuk hilangkan rasa loya dan elakkan badan masuk angin.

3) Herbal Aromaterapi pula ialah bauan yang juga membantu saya untuk hilangkan rasa pening kepala dan mual sepanjang mengandung.

Kesan daripada rawatan mudah ini ialah, kita sendiri terasa sihat ketika hamil kerana kurang loya dan rasa segar. Malah, bukan kita sahaja yang dapat kesannya, anak-anak pun gembira sebab ibunya sihat untuk melayan anak dan uruskan keluarga. Nikmat sihat ketika hamil.

Jadi, jangan abaikan rawatan untuk diri sendiri ketika hamil ya!

 

Anda Sedang Hamil?

Adakah anda nak ilmu kehamilan supaya anda dapat bina kekuatan fizikal, mental dan emosi untuk menjadi seorang ibu, sihat tubuh badan ibu & bayi serta mudah bersalin?

Bagaimana ebook ini boleh bantu anda supaya anda kekal sihat sepanjang kehamilan melalui pemakanan yang betul dan senaman yang sesuai sepanjang hamil.

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat

Latest posts by Aisyah Samat (see all)

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.