Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Tips Pemilihan Breastpump

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

TIPS PEMILIHAN BREASTPUMP

Ada yang tanya saya,

“Nak pilih breastpump ape? Pening sebab banyak sangat brand..”

Saya sendiri tak pasti apakah breastpump terbaik pilihan anda kerana setiap orang berbeza dari segi bajet kewangan dan ikut keselesaan masing-masing.

Cuma, kalau orang tanya saya. “Apakah breastpump faveret saya?”

Saya akan jawab :

Breastpump jenama Spectra.

Kalau anda tanya, “Antara breastpump Spectra, yang mana model yang okay? Antara model S1, S2 dan S9 Plus?

Jawapan saya : Setakat ini, pengalaman saya hanya pernah pakai Breastpump Sprectra 3 dan Spectra M1 sahaja.

Saya tiada pengalaman lagi pakai breastpump model spectra yang lain dan juga model jenis lain.

Jika anda nak tahu tentang model breastpump jenama lain, saya sarankan :

1)Anda boleh survey jenis breastpump yang ada di pasaran di mana-mana kedai breastpump. Untuk lebih puas hati, cari kedai breastpump yang juga menyediakan ruang untuk anda “test” dan guna pam tersebut.

Saya sendiri, sebelum memilih breastpump yang saya suka, saya akan pilih dulu mengikut bajet yang saya ada. Kemudian, saya cuba dan try “test” lagi beberapa pilihan breastpump di ruang bilik yang disediakan.

Dari situ, saya boleh rasa sendiri “suction” pam tersebut sama ada saya sendiri selesa atau tidak.

2)Boleh tanya pengalaman rakan dan ibu lain yang telah menggunakan breastpump tersebut.

Contoh : Anda berkenan untuk cuba Autumz Passion, jadi cari individu atau rakan anda yang pernah gunakan breastpump tu dan tanya sendiri pengalaman mereka.

Seeloknya, untuk lebih puas hati. Pastikan anda dapat lihat sendiri, rasa, pegang dan tahu setiap ciri-ciri breastpump yang anda nak survey.

Anda boleh tanyakan ciri-ciri setiap breastpump pada jurujual yang ada di kedai breastpump yang anda pergi.

KENAPA SAYA SUKA BREASTPUMP SPECTRA?

Sekarang saya pakai Spectra M1 dan saya suka Spectra M1 kerana,

1) Harga mampu milik (around RM 450++)

2) Part breastpump tak banyak so simple dan senang basuh. Hanya basuh corong pam + valve saja.

3) Part tak banyak dan simple, senang pasang & tak ambil masa lama pasang pam

4) Ringan dalam 200 gram jadi senang bawa ke mana-mana. Saiz pun kecil besar tapak tangan saya jadi cooler bag kecil saya pun muat nak bawa.

5) Bateri rechargeble. Tak perlu plug elektrik untuk pam. Just bawa pam dan boleh pam di mana saja.

Bateri pun tahan lama, sekali cas penuh boleh pakai sampai 5 hari (Isnin – Jumaat).

Hujung minggu baru saya cas balik bagi bateri pam penuh.

6) Ada mode massage dan express.

Ada level juga. Yang ni penting untuk elakkan nipple sakit atau luka. Supaya rasa selesa ketika pam.

Level dan mode sangat penting untuk banyakkan susu. Mode massage perlu guna bila susu malu-malu nak keluar.

Mode express pula perlu guna bila susu tengah keluar laju.

Bila pandai main mode dan level ketika pam, baru susu banyak dan tisu susu tak luka, jadi taklah nanti puting luka sampai berdarah.

7) Boleh jadikan sama ada double breastpump atau single breastpump (ikut suka hati dan keselesaan diri kita.

Macam saya : jadikan ia sebagai single breastpump sebab senang nak bawa dan pam.

Penting ni.

PALING PENTING

1) Spectra motor pamnya dari Korea. Berkualiti. Breastpump saya yang lama zaman anak pertama, Spectra 3 sampai sekarang dah 6 tahun pun masih tak rosak.

Tadi saya guna Spectra 3 (sebagai back-up) kalau jadi apa-apa. Contoh : valve pam M1 terkoyak, jadi saya guna dulu pam lama spectra.

2) Kalau motor rosak pun, senang hantar servis di kedai yang saya beli pam ini.

Spectra ada sediakan servis untuk pam dan motor kalau macam tak elok dah.

Tapi dari pengalaman saya, memang tak pernah rosaklah pam spectra ni. Sebab motor pam bagus dan berkualiti.

Spectra 3 saya pun dah 6 tahun masih elok boleh pakai sampai sekarang.

3) Sparepart pam murah dan senang cari.

Yang ni paling best. Sebab kadang-kadang pam kita ni hilang part yang kecik tu, so Spectra ada sediakan sparepart.

Sparepart pun murah biasanya harga getah valve dalam rm 15 saja pun.

Jadi senang nak ganti, senang cari sparepart dengan harga murah.

BEZA ANTARA SPECTRA3 VS SPECTRA M1

Spectra 3 lebih besar dan berat, tiada rechargeable bateri (perlukan plug untuk dipasang) dan tiada mode express dan massage.

Spectra M1 pula ciri-cirinya seperti yang saya kongsikan di atas.

BREASTPUMP SPECTRA M1 YANG SAYA PAKAI SETIAP HARI

Saiz yang bulat, kecil dan ringan. Sebesar tapak tangan sahaja. Ada level 1-5 untuk kita adjust suction pam tersebut. Button + dan – itu untuk kita adjust sama ada nak ke level 1 -5 bergantung kepada kita.

Selalunya saya guna level 3 dan kadang-kadang level 4.

Yang ini pula beg pam saya, dan breastpump yang dah siap dipasang dengan botol. Spectra M1 ialah double breastpump dan boleh juga dijadikan single breastpump.

Saya jadikan pam ini single breastpump sahaja untuk saya.

Untuk “compartment” bawah beg pam ini, biasanya saya letakkan pam dan corong pam yang telah dipakai dalam plastik.

Untuk ruang atas, muat untuk diletakkan ice pack dan 3 buah botol. Biasanya saya hanya bawa 2 buah botol sahaja kerana ia sudah cukup untuk keperluan saya.

Semoga tips ini membantu anda yang tengah pilih nak cari pam!

Untuk lebih lagi pemahaman anda tentang pemilihan breastpump, boleh klik link di bawah :

5 PERALATAN PENYUSUAN YANG WAJIB IBU MENYUSU TAHU

5 Peralatan Penyusuan Yang WAJIB Ibu Menyusu Tahu

3 CARA EFEKTIF MENGEPAM SUPAYA SUSU BADAN ANDA SENTIASA BANYAK

3 Cara Efektif Mengepam Supaya Susu Badan Anda Sentiasa Banyak

Anda nak dapatkan Breastpump Spectra M1 ini dengan harga DISKAUN sebanyak RM 190, Warranty selama 1 tahun dengan kos servis & repair yang murah?

Anda nak saya, Puan Aisyah (Kaunselor Penyusuan) membantu anda menggunakan Breastpump ini dengan cara yang betul dan efektif supaya anda berjaya menyusu sehingga 2 tahun?

BOLEH LIHAT IMEJ DI BAWAH

HARGA SEBENAR : RM 746

HARGA PROMOSI : RM 555

ANDA JIMAT RM 190 DAN PERCUMA KOS PENGHANTARAN.

3 Langkah mudah untuk sahkan pembelian breastpump ini dengan harga RM 555 sahaja.

LANGKAH 1 – Bayar RM 555 saja ke akaun bank berikut :

f

LANGKAH 2 – Hantar bukti bayaran ke nombor di bawah (menerusi Whatsapp) dan berikan maklumat berikut :

1) Nama anda.

2) Alamat dan no.tel yang anda gunakan sekarang (untuk kami poskan)

LANGKAH 3 – Selepas bayaran disahkan, kami akan hantar breastpump ke alamat anda dalam masa 24 jam.

Sila hubungi 018-6696769 (Puan Aisyah) jika ada pertanyaan (9 am – 5 pm)

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.