Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

018-669 6769

Tips Untuk Ibu Berjaya Menyusu Walaupun Bayi “Berpisah” Dengan Ibu

Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Antara masalah yang kerap diutarakan pada saya, oleh ibu selepas bersalin yang anaknya “terpisah” dari ibu seperti lahir tak cukup bulan dan perlu diletakkan di dalam ICU dan incubator,

” Salam Puan Aisyah, anak saya lahir tak cukup bulan dan sekarang kami terpisah. Baby dalam ICU jadi saya tak dapat susukan baby. Bila saya pam pula, susu sikit sangat..Macam mana nak buat ya, supaya susu banyak. Sebab kalau susu saya tak cukup, doc nak top-up dengan susu formula”

Ini adalah perkara biasa yang kerap berlaku,

Antara masalah ibu yang perlu “berjauhan” dengan bayi selepas lahir atau tidak mampu susukan bayi ialah

  1. Bila pam susu, susu tidak keluar
  2. Susu sikit jadi tak cukup nak beri pada bayi
  3. Masalah untuk basuh pam dan steril kerana di hospital tiada peralatan lengkap.

Okay, mari saya kongsikan satu-persatu penyelesaian kepada masalah ini :

#1 BILA PAM SUSU, SUSU TAK KELUAR..

Bayi baru lahir, memang susu pada hari awal adalah sedikit iaitu hanya beberapa titis sahaja. Ini kerana saiz perut bayi yang hanya sebesar buah ceri dan susu pula dalam bentuk kolostrum (likat dan pekat seperti madu)

1234233_1063632786990776_9112027123750152191_n 1714_1063633166990738_1361606708583201291_n

Jadi, jika anda pam memang tidak keluar kerana kolostrum hanya akan melekat di corong pam atau tidak dapat di keluarkan.

colostrum-definition the-magic-of-breastmilk

Untuk mengeluarkan kolostrum iaitu susu awal ini, anda perlulah keluarkannya dengan

1. Teknik Perahan Tangan iaitu Teknik Marmet

2. Sediakan picagari dan bekas plastik kecil untuk kumpulkan susu kolostrum tersebut.

Ketika anda memerah susu menggunakan tangan, kumpulkan susu yang meleleh keluar menggunakan picagari dan kemudian simpan di dalam bekas plastik dan labelkan tarikh dan masa.

Jangan guna pam lagi okay. Simpan dahulu pam anda pada minggu pertama anda bersalin.

Dan guna pam susu apabila anda dapati susu anda sudah semakin banyak, biasanya pada hari ke 5- ke 7.

13442226_10206480888208475_4059365557247511146_n

Credit gambar : Faliyana bt Muda

Klik gambar di bawah untuk Belajar Teknik Marmet

tiada susu

#2 SUSU SIKIT..JADI TAK CUKUP NAK BERI PADA BAYI

Ianya masalah yang kerap ditanyakan pada saya oleh ramai ibu.

Disini saya kongsikan 1 kisah, dimana ibu ini anaknya tidak cukup bulan dan masuk ICU (incubator). Dia perlu perah susunya tetapi susunya sedikit.

Apabila dia tanyakan kepada saya kenapa susunya sedikit, saya bertanya kembali kepadanya,

Berapa kali awak memerah susu?

Jawapan yang diberi ialah :

saya hanya perah susu 2 kali sehari.

Biasanya bila jawapan begini, tahulah saya bahawa itulah puncanya kenapa susunya sedikit.

Untuk memastikan kilang susu terus berfungsi untuk membanyakkan susu diawal kelahiran supaya anda mampu memenuhi keperluan susu yang diperlukan bayi, anda tidak boleh hanya memerah 2 kali sehari dengan tak tentu masa.

Anda perlu buat JADUAL PERAHAN DAN PERAH SUSU ANDA SETIAP 3 JAM SEKALI.

Buat jadual seperti ini >>

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of 3 fakta anda perlu tahu tentang demam kuning! (22)

 

Fokus pada kerap pam dan bukan fokus pada kuantiti (hasil perahan).

Jadi, jika anda baru mula pam susu mengikut jadual di atas, hari pertama dan kedua, elakkan berasa down jika susu masih sedikit kerana fokus kita mahu “create demand” supaya breast banyakkan susu dan biasanya selepas 3 hari, baru susu akan banyak.

Susu tidak akan banyak secara tiba-tiba dan perlukan masa untuk banyak semula ikut keperluan bayi.

Jadi, teruskan pam mengikut jadual secara konsisten walaupun hasil susu anda sedikit okay.

Disini saya kongsikan apa masalah besar jika ibu tidak pam susu 3 jam sekali (ketika berjauhan dengan bayi) mengikut jadual.

Klik pada gambar di bawah >>

Copy of Copy of Copy of Copy of 3 fakta anda perlu tahu tentang demam kuning! (3)

 

Disini pula saya kongsikan kisah ibu yang asalnya susu sedikit, tetapi kini susunya banyak hanya kerana dia PAM SUSU MENGIKUT JADUAL SECARA KONSISTEN.

Klik link di bawah >>

supply demands

#3 MASALAH UNTUK BASUH PAM DAN STERIL KERANA TAK CUKUP PERALATAN DI HOSPITAL

Cuba anda lihat dari jadual, anda perlu pam/perah susu sebanyak 8 kali sehari.

Adakah ini bermakna anda perlu basuh pam anda sebanyak 8 kali sehari juga?

TIdak perlu sebenarnya. Malah semuanya okay saja walaupun anda tiada sterilizer.

Jadi, apa yang perlu anda buat supaya pam tidak dijangkiti bakteria/kotor?

Selepas setiap kali pam, anda hanya perlu masukkan corong pam/picagari (bergantung anda guna alatan apa) ke dalam tupperware dan simpan di dalam peti ais sahaja.

Simpan sekali susu perahan anda yang sudah dilabelkan nama, tarikh dan masa perahan.

Bakteria tidak membiak di dalam suhu peti sejuk dan anda juga tidak perlu basuh pam setiap kali pam susu anda.

Asalkan selepas pam, simpan di peti sejuk dan kalau anda basuh serta tidak sterilkan, simpan kembali di dalam suhu sejuk tersebut.

Malah, selagi anda simpan pam susu di peti sejuk, anda boleh saja tidak membasuhnya sehingga 2-3 hari.

Susu ibu juga tidak kotor dan tidak akan dijangkiti bakteria jika anda tidak biarkannya lebih dari 4 jam.

P/s: Jika anda mahu basuh setiap kali guna pun boleh, pastikan bilas dengan air panas.

Ingat ini, bakteria tidak membiak di suhu sejuk (peti ais) dan juga suhu air yang panas.

Mudahkan?

Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of 3 fakta anda perlu tahu tentang demam kuning! (23)

KISAH IBU YANG BERJAYA BANYAKKAN SUSU MELALUI TIPS INI.

Dibawah ialah kisah seorang ibu yang telah berjaya menyusukan anaknya selepas mengamalkan teknik di atas.

Awalnya, ibu ini masalahnya ialah

1. Bayi lahir tidak cukup bulan dan terpaksa masuk ICU di dalam incubator

2. Ibu berpantang seorang diri dan tidak mampu menyusukan bayi

3. Doktor menyuruh ibu perah susu dan beri susu ibu, tetapi susu pula sedikit dan doktor terpaksa tambah susu formula.

Namun, ibu ini tidak berputus asa dan mahu terus berjaya menyusukan anaknya dengan susu ibu. Dia telah mendapatkan nasihat dari saya.

Jadi, saya kongsikan tips di atas iaitu

1. Buat jadual perahan

2. Jika susu masih sedikit (kolostrum), perah pakai tangan dahulu. Hanya guna pam apabila susu sudah banyak nanti

3. Hanya simpan picagari/corong pam di peti sejuk jadi tidak perlu penat untuk basuh pam setiap kali sesi pam.

Alhamdulillah, selepas 2 hari susunya kembali banyak dan ibu ini berjaya menyusukan anaknya dengan susu ibu sehingga sekarang!

12033247_439341779591896_5315798110648602531_n

 

Semoga bermanfaat!

Anda pernah rasa stress dan sedih sebab gagal menyusukan anak kerana masalah puting tenggelam? 

Masalah puting rata, pendek, leper atau tenggelam (puting buta) membuatkan anda pernah gagal menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu?

 Bagaimana ebook ini boleh bantu anda untuk faham asas dan teknik penyusuan yang betul untuk selesaikan masalah puting tenggelam supaya anda berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya?

(KLIK SINI UNTUK EBOOK)

 

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.