Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Tugas Saya Sepanjang Tahun 2017

October 6, 2017 by Blog, PAK21 No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Sepanjang tahun 2017 adalah tahun yang agak mencabar juga untuk saya sebagai guru. Ini kerana, pada tahun ini juga. Anak kedua saya iaitu Umar Furqan lahir dan saya adalah seorang ibu yang menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu (fully breastfeed) dan mengamalkan natural parenting dalam membesarkan anak-anak saya.

Hal ini memerlukan komitmen saya untuk mengepam susu ibu kepada bayi saya (sepanjang sesi persekolahan) dan memasak makanan separa pejal (solid food) sewaktu bayi usia 6 bulan kerana saya ingin menyempurnakan penyusuan ibu selama 2 tahun dan tidak memberikan makanan proses kepada bayi saya.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan kini sudah 10 bulan berlalu. Tahun ini, saya diberi tugas sebagai

1)Guru Tingkatan 2B5

2)Guru Penasihat Unit Beruniform Karate

3)Guru Penasihat Persatuan Sains

4)Guru Matapelajaran Sains Tingkatan Dua

Pada tahun ini, saya juga telah diberi peluang untuk hadir ke Kursus KSSM Sains Tingkatan 2 yang mana ia adalah satu kurikulum baru yang membawakan Pembelajaran Abad Ke-21 dalam bilik darjah.

Dibawah saya kongsikan sedikit aktiviti yang saya buat bersama pelajar.

1# TAYANGAN VIDEO SAINS DI KELAS

Pelajar kelas 2B5 sedang menonton tayangan Sains berkaitan : Species And Dinosours

Pelajar menonton video Sains berkaitan : Solar System and Astronout

2# MELAKSANAKAN MODUL HEBAT DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (PdP) SAINS

Pelajar kelas 2A4 menghasilkan payung terjun (parachute) berdasarkan Modul Hebat : Force and Motion.

3# HADIR KE KURSUS KSSM SAINS TINGKATAN 2

Menghadiri Kursus KSSM Sains Tingkatan 2 pada 8 Ogos 2017

4# TAKLIMAT PENATARAN KSSM SAINS TINGKATAN 2

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.