Anda ada masalah? Boleh hubungi kami di

011-32746769

Usaha Untuk Belajar Sebelum Mula Mengajar Anak

July 1, 2017 by Blog, Nuha Parenting No Comments
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Saya mengajar anak saya AlQuran.

Atau kata lainnya, saya sebenarnya belajar untuk mengajar anak saya AlQuran.

Antara kata-kata yang amat biasa dilontarkan pada saya,

“Puan Aisyah untunglah, anak nak dengar cakap dan nak belajar dengan puan (ibunya)

Anak saya susah tak nak dengar saya ajar pun.”

Sebenarnya, anak saya pun susah untuk saya ajar juga pada awalnya.

Tak dengar cakap, moody, tak nak mengaji, koyakkan buku dan banyak lagi dan sama saja.

Kenapa saya pilih tidak menceritakan atau mengadu pada orang lain?

1) Kerana ia aib anak saya. Dikhuatiri kalau saya ceritakan,

Orang mungkin akan berkata pula, “ish teruknya perangai anak ….

Sebenarnya, bila kita mula bercerita sikap negatif anak pada orang lain,

Ini pada saya ya, ia membuka aib anak kita sendiri sedangkan anak kita tak salah pun, dia masih kecil dan dalam proses belajar.

Tanya diri kita, kita suka tak kalau mak kita ceritakan keburukan kita (anaknya) pada kawan-kawannya dan orang lain yang kita tak kenal.

2) Masalah anak saya hanya akan saya ceritakan kepada Allah sebagai tempat mengadu utama dan kepada suami kerana suami pun faham perangai anak kami dan

Allah akan bagi ilham.

Suami pun akan berusaha sama berfikir keras untuk selesaikan masalah tersebut.

3) Bila ada masalah mengajar anak, biasanya lepas mengadu kepada 2 di atas.

Saya akan mulakan proses mencari ilmu. Yup mencari ilmu untuk selesaikan masalah bagi kita dapat ajar anak kita.

Banyak..means usaha, usaha, usaha, ikhtiar, ikhtiar, ikhtiar.

Walaupun masih belum nampak hasil.

4) Saya akan buat dan latih minda saya untuk terus berfikir dan keluarkan kata-kata positif untuk anak saya seperti.

“Nuha baik akhlaknya, hebat, hafaz Quran, dan lain lagi doa yang baik”

Walaupun ketika itu dia sedang mengamuk sampai memukul.

Apa yang kita fikir sebagai ibu = ia dalam kawalan kita. Kita mampu kawal.

Kawal minda untuk terus berdoa yang positif untuk anak.

Malah, terus terang.

Waktu Nuha macam dah okay sikit nak belajar mengaji pun, waktu tu sebenarnya kami tengah pulun ubah pemakanan Nuha.

Seperti minum susu fresh, tak bagi langsung gula-gula. Pendek kata, ada belajar di Seminar OCOC untuk pemakanan sihat ni bagi bantu Nuha untuk fokus semula.

Supaya mudah nak masukkan ilmu dan mengajarnya juga.

Sebenarnya, proses ajar anak ialah proses kita belajar.

Dan sebenarnya, tidak adil juga untuk ibu menyalahkan yang “anak saya tak nak kalau saya mengajarnya” dan bandingkan dengan Nuha yang dia boleh diajar.

Sebab apa saya kata tak adil.

Sebab..saya tak tahu apa budak tersebut makan, persekitaran dia dibesarkan dan apa ilmu yang ibu tersebut ada untuk mengajar anaknya sendiri.

Terus terang,

Waktu yang sekarang saya rasa lebih okay sikit ajar anak saya dan anak pun boleh nak dengar ni sebab

1) Dah spend dan belajar ilmu islamic parenting dari seminar atau buku.

2) Kenal rakan-rakan yang tinggi semangat parentingnya untuk didik anak.

3) Belajar pemakanan sihat. Sampaikan kat rumah hanya minum susu fresh dan makan pun telur ayam kampung.

Air kordial pun takda kat rumah ni dan gula-gula pun buang tak da makan.

4) Nuha pun diajar membaca dan dah boleh baca, kami tutup tv tak buka langsung kalau kat rumah.

Hanya buka untuk alunan AlQuran atau 1-2 siri kartun educational.

Pendek kata usaha tu macam-macam sebelum nak nampak hasil tu.

——
Saya pernah juga cerita, kata yang anak saya susah juga diajar mengaji.

Respon : ibu tersebut pelik, dia tanya kenapa?

Jawapannya : sebab ia anak kecil dan memang anak kecil macam tu.

Apa yang kita kena faham ialah :

1) Mengajar anak kecil memang susah jika tiada ilmu dan pengalaman.

Ilmu perlu dicari dan pengalaman perlu dilalui.

2) Proses kehidupan memang begitu. Macam gelombang ada fasa down dan up.

Yang penting kita pandai uruskan masalah anak kita dan elakkan give-up.

Kadang-kadang, bila anak tak dengar apa kita ajar tulah, peluang kita nak tambah amal ibadat kita pada Allah.

Dia nak kita bangun mengadu berdoa padanya.

Tahukah anda? Sebenarnya kalau hidup yang senang dan takda masalah ianya bahaya, sebab?

Biasanya manusia akan jauh dari Allah.

Bila kita diuji dengan masalah, ia sebenarnya bagus sebab

1) Kita akan ambil peluang ni untuk dekat pada Allah

2) Otak kita akan mula kreatif berfikir untuk selesaikan masalah anak sendiri

3) Penting sebenarnya kita nak otak kita berfikir keras untuk selesaikan masalah anak kita sebab ..

Otak kita sebagai ibu perlukan latihan untuk jadi kreatif dan kritis, pandai handle emosi.

Bila kita dah kuasai benda ni, barulah mudah kita pun nak ajar anak kita jadi kreatif, pandai handle emosi dan lain lagi.

Kalau anak kerap marah-marah, kita pening dengan perangai anak. Tapi katalah dalam masa yang sama, kita pun kalau ada masalah kita pun tak berapa pintar lagi nak uruskan emosi kita serta masih sukar lagi nak handle masalah orang dewasa.

Elakkan salahkan anak sebab anak pun akan follow cara kita sebagai ibu bapanya juga.

Dalam mengajar anak, anak perlukan role model iaitu diri kita.

Sebab itu, kita juga perlu konsisten belajar, belajar, belajar, belajar..

Tunjukkan tauladan yang baik melalui perbuatan kita. Apa yang kita buat setiap hari bersama anak.

Barulah mula mengajar..

Nota kaki : Post ini dari 29 Jun 2017 – 1 Julai 2017 (2 hari) telah mendapat 330 likes dan 292 share di fb profile saya.

Aisyah Samat

Aisyah Samat

Ibu kepada 2 cahaya mata - Nuha Areefa & Umar Furqan

Pemilik website & blog nuhababy.com

Kaunselor Penyusuan Bertauliah dan Pembimbing Ibu Menyusu.

Berpengalaman lebih 5 tahun membantu ramai ibu menyelesaikan masalah penyusuan & berpantang.

Penulis ebook & blog untuk topik kehamilan, penyusuan dan berpantang di nuhababy.com

Antara ebook Puan Aisyah ialah :

1) Ebook Khas Buat Ibu Hamil

2) Ebook Puting Tenggelam Bukan Masalah Lagi!

3) Ebook Manual Pengurusan Susu Ibu Perahan

4) Ebook Checklist Ibu Berpantang 44 Hari

5) Ebook Senarai Pemakanan Ketika Berpantang
Aisyah Samat
Kongsikan Artikel Ini:

facebooktwittergoogle_pluspinterest

Anda ibu yang sedang hamil? Klik gambar di bawah.

Anda bakal berpantang tak lama lagi?

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.